Wednesday, August 5, 2009

pemakanan

6 makanan yang boleh menjauhkan penyakit
May 9th, 2008 No Comments Posted in Makanan kesihatan
Makanan yang sihat dapat menjauhkan kita drp terkena sebarang penyakit dan menjadi lebih bertenaga. Berikut adalah enam jenis makanan yg terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil utk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.
1) SELERI
Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dgn zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dlm perubatan secara traditional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
2) JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yg keras paling banyak mengandungi vitamin C yg penting utk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dgn sempurna. Manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yg dapat membantu mengurangkan kolestrol dlm darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.
3) BUAH DELIMAKebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yg menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum utk rawatan demam panas, batuk, ulser dlm mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dlm kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yg mempunyai kesan antiseptik.
4) BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
5) DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yg sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yg putus haid bg menghalang osteoporosis.
6) KUBIS
Dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dgn sayur2an lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain drp mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
10 makanan ANTIKOLESTROL!!
May 9th, 2008 No Comments Posted in Makanan kesihatan
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soyamengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dptmenghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral ygmembantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) danmeningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi bolehmenaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakanpengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahariuntuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyakmengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDLsehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga bolehdiperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkankhasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak ygmemakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnyamenyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrolLDL.
6. KACANG TANAHKacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dandapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDLdlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan dietdgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darahsebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawapengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Seratmudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranyadijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkanmengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnyabertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitusebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan beratbadan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

No comments:

Post a Comment